Friday, April 15, 2011

The Best Way To Solve Rubic Cube

at 1:58 AM 0 comments Links to this post
STEP 1

STEP 2

:
:
:
:

Kenapa WANITA Menjadi Ahli Neraka

at 1:29 AM 0 comments Links to this post
  1. Perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya - tergantung rambutnya
  2. Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya -  tergantung lidahnya
  3. Perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya - digantung susunya
  4. Perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya - kedua kakinya tergantung
  5. Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas,berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang - memakan badannya sendiri
  6. Perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain - memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
  7. Perempuan yang boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah - Perempuan ini diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya
  8. perempuan ahli pengumpat dan pendusta - Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
  9. Perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya - rupanya seperti anjing 
  10. Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya - pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

(Hadis riwayat Bukhari)

Thursday, April 14, 2011

Si Comel Nur Aisyah Humairah

at 9:59 AM 0 comments Links to this post

ada siapa2 yang kenal budak comel-kiyut-miyut ne x??? kalo ade..sila angkat  tangan macam awok ne ha.......srius comel giler.tringin nak tengok muka mak ayah die.ensem + comel x??


budak ne baru 3 tahun..tapi time pose nk amek gambar, bukan maen lagi.cute je kn...dia da pergi audition nak jadi pelakon under syrikat Razak Mohiden dan David Teo..dan ke22 nya sangat berpuas hati dengan budak cute ne..kire nanti ley jadi pengganti Mia Sara la.hehe..

cube tengok gambar kat bawah ne..agak2 macam muke sape?????
ada muka Almy Nadia x?? awex Fizz Fairuz 2..ade kn..kn..kn...comei je bile pkai baju ne + bwat gaya cam 2..tapi bile usya sampai bawah..aiyarkk...kasut apa yang syg pkai 2.haha


ne version laen plak..cer teka muke cm sape..sape????




dapat agak tak macam sape...klu nye..GARNIER..haaa....
jawapannya...Heliza Helmi....ade rupe x..same kan..+ + gambar last ne..sangat seketol sebijik kot...tapi bile tengok lame2 cm muka Lisa Surihani pon ade gak kan.haha..pape pn..budak ne sangat cute+comey sangat!!! 
I LIKE BUDAK COMEL

Friday, April 8, 2011

Gambaran Hari Kiamat..Nauzubillah...

at 10:17 PM 0 comments Links to this post
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Semoga kita semua berada dalam golongan orang mukmin yang beriman dan diampunkan dosa lalu..InsyaAllah....

Libresse..Kemas Selesa Serapan Sempurna :)

at 3:05 AM 0 comments Links to this post
wei..Libresse Tour la..jom serbu!!! maka, semua wanita2 pon pergi la menyerbu booth Libresse sebab nk mendapatkan sample percuma..dah x malu da walaupun de ramai lelaki dok tengok kat cafe 2.hihik..


before dapat free sample, kena la daftar borang dlu..after that, kena g dengar ceramah pad (ak xdgr pon)..die nk promote la cket2..then, dapatkan cop..after that, bley pilih sama ade nak tros ambil sample or nak join games dlu..so, ktorang stop kat sini dulu la...

*kusyuk giler jejai*

sini kaunter untuk bwat kad  Libresse..just nak taw kita ne active ke, femini ke..poyo ke..haha..this is my Libresse card

*ainu shahirah: gaya hidup anda AKTIF*

 ne adalah game yang paling sesuai untuk buat orang muntah..eee.pening pale ak tengok...orang 2 kate, sape yg bley tahan 15 mnit bley dapat hadiah...15 minit???????? gila pa...15saat bley r...

pas2 de promotion..kalo bli pad 10rgt ke ats, ley dpat beg free..ak nk beli tapi malas.haha..jimat~~~
 




Pisang ke Tanduk??

at 2:15 AM 0 comments Links to this post


ne la adalah 1st winner untuk Malaysia Top Model (kategori pisang).haha..tapi model ne x berjaya nak buktikan betapa besarnye pisang 2.Fail!!! xnak amek da pas ne.huh!! just nak tunjuk betapa besar pisang 2.da macam tanduk kerbau da saiz die.hihi


so..as a solution..terpaksa la aku menjadi model nye.hihik..tengok..besar kot.same besar ngan lengan ak tuh! gile kentang la...kalo wat kepek mesti lemak berkrim je..kalo x silap ne pisang tanduk..hasil dari tissue culture (k.kiah nyer kot)..so, kepada petani2 pisang di luar sana, belilah pisang tissue culture sebab buah die terbaekkkkkkkkkk punyer....

Kubur Milik Siapakah???

at 1:45 AM 0 comments Links to this post
almost 2 weeks aku tinggalkan anak2 ikan ne..kesian mereka2..mesti rindu kat aku kan.ehehe..tyme bagi makan memang best! banyak giler la.chumel je..rasa nak picit2!!! dulu ikan keli xbes sebab air kotor, x nmpak sangat ikan dalam 2..

 
ikan yang kebuluran


ne ikang group sebelah..banyak jugak yang mati..terapung cam pelampung dah ak nengok..kat dlm pon ade ag.kalo tengok betol2..nmpk cm ade bukit mayat kat tengah3 kolam 2..haha..nmpk x??

so..untuk elakkan ikan2 yang ade disease ne menjangkiti yang laen..and xnak bagi ade bawu hanyir + busuk..mayat2 ne terpaksa la dikebumikan dalam tanah..xyah  gedik nak kapan @ mandikan sebab die mayat ikan je..thax 2 penggali kubor kite : Bam

untuk mengelakkan orang melangkah kubur ini..ktorang dengan suka hati nya telah meletakkan kayu nisan kat atas 2..cube name je xsmpat nak ukir..

 Kubor Milik Siapakah??



 

BILA JEJARI MENARI DI KEYBOARD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting